Lembaga Zakat Selangor
AMIL AlAnsar merupakan Amil Zakat bertauliah Institut Pengajian Islam Swasta [IPIS] Lembaga Zakat Selangor yang diberi kuasa menerima dan mengagihkan dana zakat kepada Asnaf IPIS.
Kerjasama amil zakat
dedikasi kami menguruskan zakat anda
Zakat Anda Demi Kegemilangan Pendidikan Islam
Zakat Anda membantu membangkitkan harapan, menyinari kehidupan, dan mengangkat warga pelajar Maahad AlAnsar membina masa depan. Sekecil apa pun, zakat adalah bukti nyata cinta kepada sesama insan.
Pendapatan
Simpanan
Perniagaan
Pendapatan
Zakat pendapatan timbul daripada konsep zakat al-mal al-mustafad (zakat harta perolehan). Konsep al-mal al-mustafad bermaksud mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha tanpa sebarang proses pertukaran (jual-beli), secara ringkasnya ia diperoleh dengan sebabnya tersendiri seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain.
Para fuqaha telah mewajibkan zakat ke atas hasil pendapatan dan gaji. Ini kerana pendapatan merupakan sebuah harta yang berkembang dan boleh membawa perolehan yang lumayan terutamanya bagi seseorang yang menyandang jawatan-jawatan profesional atau peringkat tinggi dalam sesebuah organisasi. Ia juga antara aktiviti perekonomian utama pada zaman ini, apatah lagi profesion makan gaji sudah menjadi lumrah dalam kehidupan sekarang.
Simpanan
Wang merupakan harta cair yang boleh digunakan dalam hal pertukaran, ukuran nilai dan tabungan. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu bentuk kekayaan yang memberi kuasa membeli. Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan diwajibkan zakat sekiranya memenuhi syarat-syaratnya.
Nisab zakat wang simpanan sama bersamaan nilai 85 gram emas Zakat dikenakan sebanyak 2.5% ke atas jumlah baki terakhir dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
Perniagaan
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Dalil Zakat Perniagaan
Firman Allah SWT yang bermaksud:
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
Surah Al-Nur (24): 37
BAYAR ZAKAT ONLINE
Tunaikan Zakat Anda Sekarang
Sila pilih jenis zakat yang ingin ditunaikan dengan 4 Langkah Mudah.
PILIH ZAKAT–KIRA JUMLAH–MASUKKAN MAKLUMAT–TUNAIKAN ZAKAT ANDA